Pages

Wednesday, 25 April 2012

PROGRAM JOM TURUN KAMPUNG


Acara Penutup


ALHAMDULILLAH....Program Jom Turun Kampung yang dijalankan oleh peserta DPI siri 2 2011/2012 telah selamat dijalankan dengan penuh jayanya. Program ini yang dijalankan di Kampung Orang Asli Ganuh, Bukit Ibam, Bandar Muazzam Syah, Pahang Darul Makmur pada 16-20 April dengan kerjasama banyak pihak. Antaranya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Kesihatan Malaysia dan banyak lagi.

Pelbagai program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan antaranya program ziarah ke rumah penduduk setempat, program masuk hutan dan memancing ikan, sukan rakyat, karaoke, titip motivasi, kelas masakan, cambahan rohani. Program-program ini telah menarik minat ramai penduduk setempat untuk menyertainya.

Semasa program masuk ke hutan, peserta lelaki telah dikenalkan dengan tumbuhan herba antaranya tongkat ali putih, tongkat ali hitam, pokok kacip fatimah dan pelbagai lagi tumbuhan yang terdapat di hutan tersebut. Acara kemuncak program adalah perlawanan persahabatan bolasepak dan sepaktakraw yang mana kedua-dua acara ini dimenangi oleh pasukan orang asli.

Kami juga telah melawat hampir kesemua rumah penduduk setempat untuk berziarah, berkenal kenalan dan merapatkan hubungan sesama kami. Malah ada diantara penduduk setempat yang menghadiahkan kami seraut rotan kepada kami sebagai cenderamata kenang kenangan.

Secara keseluruhannya, program ini adalah berjaya dan mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk setempat.

2 comments:

D-Music