Selama 24 minggu berada di ILIM pelbagai ragam dan cabaran telah di lalui bersama. setiap satu kita hadapi bersama-sama dengan hati yang terbuka. bermula dari KLD di Melaka selama seminggu..berada di Maktab Polis DiRaja Malaysia..berada di kem Palapes UKM..di perkampungan orang asli Bukit Ibam Pahang..kesemuanya memerlukan stamina dan ketahanan dari sudut fizikal dan mental yang kuat.
Dari segi kemahiran pula pelbagai program telah kita lakukan dengan semangat kesatuan. Bermula dengan perancangan awal sehingga kepada gerak kerja satu-satu program. Bermula dengan keringat hingga kepada sumber kewangan. Semua kita hadapi bersama.
Di dalam kelas Ibn Khaldun kita bersama selama ini. Pelbagai ilmu dan kemahiran juga kita perolehi selama ini hingga kepada penyelesaian masalah dan perselisihan antara kita. tetapi itu semua adalah pengalaman yang dapat mematangkan kita dalam kita menempuh cabaran dan hari-hari selepas kita keluar daripada kursus ini.
Selama ini juga ada sebahagian hati yang telah tersentuh oleh kerana usikan dan "gurauan yang melampau" datang daripada kawan-kawan yang "nakal". Tetapi itu semua hanyalah gurauan untuk menceriakan hati-hati yang lara selama 6 bulan ini dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana-mana pihak. keterbukaan kita selama ini telah membawa kita berada di ILIM selama 24 minggu tanpa kita sedari.
Minggu depan adalah minggu yang terakhir kita berada di sini. Saya secara peribadi yakin dan pasti kita pasti merindui dan terkenang setiap peristiwa selama mana kita berada di sini. Dalam tempoh seminggu lagi ini juga merupakan waktu yang paling tepat untuk kita memohon dan memaafkan sahabat-sahabat kita tanpa perlu kita menunggu mereka memohon maaf. waktu yang tepat untuk kita mengeratkan hubungat yang renggang jika ada, Waktu yang paling baik untuk kita menghalalkan rezeki yang kita beri, supaya kita dan sahabat-sahabat kita berjaya di dunia dan di akhirat.
wassalam...
penghuni misteri
No comments:
Post a Comment