Pages

Thursday, 26 April 2012

24 minggu berlalu....

Selama 24 minggu berada di ILIM pelbagai ragam dan cabaran telah di lalui bersama. setiap satu kita hadapi bersama-sama dengan hati yang terbuka. bermula dari KLD di Melaka selama seminggu..berada di Maktab Polis DiRaja Malaysia..berada di kem Palapes UKM..di perkampungan orang asli Bukit Ibam Pahang..kesemuanya memerlukan stamina dan ketahanan dari sudut fizikal dan mental yang kuat.

Dari segi kemahiran pula pelbagai program telah kita lakukan dengan semangat kesatuan. Bermula dengan perancangan awal sehingga kepada gerak kerja satu-satu program. Bermula dengan keringat hingga kepada sumber kewangan. Semua kita hadapi bersama.

Di dalam kelas Ibn Khaldun kita bersama selama ini. Pelbagai ilmu dan kemahiran juga kita perolehi selama ini hingga kepada penyelesaian masalah dan perselisihan antara kita. tetapi itu semua adalah pengalaman yang dapat mematangkan kita dalam kita menempuh cabaran dan hari-hari selepas kita keluar daripada kursus ini.

Selama ini juga ada sebahagian hati yang telah tersentuh oleh kerana usikan dan "gurauan yang melampau" datang daripada kawan-kawan yang "nakal". Tetapi itu semua hanyalah gurauan untuk menceriakan hati-hati yang lara selama 6 bulan ini dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana-mana pihak. keterbukaan kita selama ini telah membawa kita berada di ILIM selama 24 minggu tanpa kita sedari.

Minggu depan adalah minggu yang terakhir kita berada di sini. Saya secara peribadi yakin dan pasti kita pasti merindui dan terkenang setiap peristiwa selama mana kita berada di sini. Dalam tempoh seminggu lagi ini juga merupakan waktu yang paling tepat untuk kita memohon dan memaafkan sahabat-sahabat kita tanpa perlu kita menunggu mereka memohon maaf. waktu yang tepat untuk kita mengeratkan hubungat yang renggang jika ada, Waktu yang paling baik untuk kita menghalalkan rezeki yang kita beri, supaya kita dan sahabat-sahabat kita berjaya di dunia dan di akhirat.

wassalam...
penghuni misteri




Sekadar Kenangan 2

Biro Tata Negara di Nilai, N. Sembilan

Outreach di Ampang

Sambutan Maulidul Rasul & Malam Simfoni Kesenian Islam

Program satu peserta satu pokok

Memanah dan berkuda

SEKADAR KENANGAN 1

Kayuh jangan tak kayuh di KLD, Jasin, Melaka
Maktab Polis, Cheras

Urus Setia Maulidul Rasul Peringkat Kebangsaan

Wednesday, 25 April 2012

PROGRAM JOM TURUN KAMPUNG


Acara Penutup


ALHAMDULILLAH....Program Jom Turun Kampung yang dijalankan oleh peserta DPI siri 2 2011/2012 telah selamat dijalankan dengan penuh jayanya. Program ini yang dijalankan di Kampung Orang Asli Ganuh, Bukit Ibam, Bandar Muazzam Syah, Pahang Darul Makmur pada 16-20 April dengan kerjasama banyak pihak. Antaranya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kementerian Kesihatan Malaysia dan banyak lagi.

Pelbagai program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan antaranya program ziarah ke rumah penduduk setempat, program masuk hutan dan memancing ikan, sukan rakyat, karaoke, titip motivasi, kelas masakan, cambahan rohani. Program-program ini telah menarik minat ramai penduduk setempat untuk menyertainya.

Semasa program masuk ke hutan, peserta lelaki telah dikenalkan dengan tumbuhan herba antaranya tongkat ali putih, tongkat ali hitam, pokok kacip fatimah dan pelbagai lagi tumbuhan yang terdapat di hutan tersebut. Acara kemuncak program adalah perlawanan persahabatan bolasepak dan sepaktakraw yang mana kedua-dua acara ini dimenangi oleh pasukan orang asli.

Kami juga telah melawat hampir kesemua rumah penduduk setempat untuk berziarah, berkenal kenalan dan merapatkan hubungan sesama kami. Malah ada diantara penduduk setempat yang menghadiahkan kami seraut rotan kepada kami sebagai cenderamata kenang kenangan.

Secara keseluruhannya, program ini adalah berjaya dan mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk setempat.

D-Music